
Setiap kali pulang dari Langkawi, mesti hati jadi sayu. Sobsss …
*drama queen sangat ahkak ko ni.. haha*. Tapi betul. aku tak pernah rasa
bosan untuk ke sini. My favourite place to chillax with friends and
family. Kot-kot ada yang nak pergi bercuti dengan family tu, bolehlah ke
sini. For me, ini antara destinasi percutian family yang best di
Malaysia.
Baik dari segi makan, pantai, duty free shopping hinggalah sejarah
lagenda Mahsuri di pulau ini. Antara tempat-tempat menarik di Langkawi
yang boleh korang pergi seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai
Tengkorak, Laksamana Cheng Ho Cruise dan macam-macam lagi.
And, the best way to explore this island adalah dengan sewa kereta.
Tak mahal pun sewa kereta kat Pulau Langkawi ni. Kena pandai deal, tapi
kalau pergi time peak time, segalanya jadi MAHAL.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan kat Langkawi? Nahhh, 23
aktiviti ahkak kawww listkan berdasarkan pengalaman sendiri. Ada tarikan
terbaru di Langkawi ni dan ada yang dah lama kat Langkawi ni. Yang lain
sila-sila tambah di ruang komen jika rajin. Haks!!
1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Rugi hang pa tak cuba parasailing kat sini. Ada dua lokasi, satu di
Pantai Cenang, satu lagi di Pantai Tanjung Rhu. Tapi nak view lagi
cantik, pergilah parasailing di Pantai Tanjung Rhu.
2) Berbasikal ‘tua’ di sekitar Padang Matsirat

Feeling-feeling hidup di zaman dulu-dulu dengan sewa basikal tua di
Kampung Bohor Cempedak sambil layan bunyi kapal terbang dari airport,
pemandangan kampung dan macam-macam lagi.
3) Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau

Dengan wang sebanyak RM550, korang boleh sewa satu helicopter selama 5
minit dan melihat panorama dari udara. Satu helicopter boleh muat 4
orang, 1 pilot dan 3 orang passengers.
4) Menikmati lauk pauk kampung di Laman Padi

Terliurnya tengok gambar kat bawah ni. Teringat pula kelazatannya.
Lagi bertambah selera aku ‘membedal’ makanan-makanan ni bila duduk
bertentangan dengan padi di Laman Padi ni. Tempat ni cantik sangat.
Kalau tak nak makan, nak jenjalan saje pun boleh. Suka hati korang
5) Mencuba aktiviti lasak di Skytrex Langkawi

Skytrex Langkawi ni lagi mencabar dari Shah Alam sebab ia dibina di
kawasan berbukit bukau. Soon, ada flying fox terpanjang di dunia.
Cubalah jika berani.
6) Seafood galore di restoran-restoran seafood

Datang Langkawi tak sah kalau tak nikmati seafood kat sini. Banyak
restoran-restoran yang menyajikan seafood-seafood segar dengan harga
yang sangat berpatutan.
7) Lunch sambil melihat keindahan pulau di atas Blue Dolphin

Kot-kot ada duit banyak, tapi tatau nak spend macamana, sewalah Blue
Dolphin. 4 jam untuk RM20,000. Dah naik nanti, uploadlah kat instagram
dan jangan lupa hashtag #RKOM. Nak tau apa tu RKOM, pergila search kat
Instagram sekarang. Huahuahua.
8) Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang

Pssst, ada benda baru kat sini iaitu Crystal Glass Cable Car!! Woot,
woot!! Kalau rasa diri tu tak gayat dan nak naik sesuatu yang lebih
mencabar, naiklah crystal glass cable car kat Langkawi ni. Memang togel
habis!! Harga?? RM85 untuk seorang. Tu kalau naik crystal glass cable
car. Tapi rasanya lagi murah jika bawa mykad.
9) Mencuba sukan lasak ATV di Oriental Village

Lasak sangat ke korang ni? Meh try ATV offroad kat sini. Aku naik pun
kejap-kejap tersasar masuk semak. Hahaha. Ada tu yang siap
menyumpah-nyumpah taknak naik lagi. Tapi best, sebab aktiviti ni lain
dari yang lain. Takkan nak feeling cantik sepanjang masa je? Bosannya.
Sesekali biarlah lumpur tercalit di wajah anda. Barulah sado!! Hahahaha.
10) ‘Be creative’ di Muzium 3D Langkawi

Muzium 3D Art in Paradise ini adalah yang kedua terbesar di dunia dan
baru je dibuka bulan lepas. Muzium yang berharga RM17juta ini mempunyai
lebih 200 gambar 3D. Make sure korang bergambar se-kreatif mungkin.
Hehe.
11) Romantic lunch di The Cliff Pantai Cenang

Dalam mood honeymoon? Jom lunch dengan mood romantik di The Cliff
Pantai Cenang. Sambil saksikan kemeriahan Pantai Cenang yang sentiasa
dipenuhi dengan Mat Salleh dan pemandangan cantik Pulau Kentut Besar dan
Pulau Kentut Kecil. Lawak tak nama pulau ni? Hahaha. Tapi memang ada.
Tak percaya? Tanya encik google. Hahaha.
12) Mandi-manda di Jacuzzi Ayer Hangat Village

Berbeza betul kunjungan kali ini dengan kunjungan beberapa tahun
lepas. Beberapa tahun lepas, aku datang, tempat ni macam biasa je. Takde
benda yang menarik, setakat kolam air panas biasa. Tapi kini dah di
upgrade dan macam-macam ada. Antara yang terbaru adalah kolam jacuzzi.
Bagi yang berhijab, jangan risau. Jacuzzi ni berada di tempat tertutup.
;)
13) Berhibur di 6D Cinemotion

6D Cinemotion ni terletak bersebelahan dengan pintu masuk kabel car
Langkawi. Antara tarikan terbaru di sini, lebih canggih dan lebih
menyeronokkan.
14) Ber-Revo di Oriental Village

Imbangi badan korang di atas revo ini. Kot-kot nak explore kawasan
Oriental Village Langkawi ni tapi malas giler nak jalan, bolehlah sewa
revo ni. Hahaha.
15) Shop til drop di Duty Free Langkawi

Makcik-makcik sekalian, kalau datang Langkawi mohon jangan pengsan
ye. Bawa-bawa istigfar bila masuk kedai duty free ni. Ye, ye saya tahu
barang seperti pinggan mangkuk, tefal dan lain-lain lagi murah. Tapi
mohon survey dulu di dua tiga kedai supaya tak pengsan bila tengok kedai
satu lagi lebih murah dari kedai yang makcik pergi tadi. Hahaha.
16) BBQ sunset dinner & mandi di Salt Water Jacuzzi Net

Nak tengok sunset dalam situasi yang berbeza kat Langkawi ni? Naiklah
Tropical Charters Cruise. Sambil lihat sunset sambil makan bbq. Sebelum
makan, kita lompat dan mandi dulu di Salt Water Jacuzzi Net. Meriah tau
naik Tropical Charters ni. Dahlah makan sampai kenyang, nak minum air
sampai muntah pun takpe. Sebab free flow!
17) Berkayak di Sungai Kubang Badak

Laut kita dah pergi, sekarang pergi tengok sungai pula. Nak
mengembara di sekitar sungai, tak syokla kalau naik bot kan. Sebaliknya
kita berkayak. At the same time, bolehlah bina muscle sekali. Hahaha.
Sungai Kubang Badak ni bersih sangat. Korang bukan berkayak
sorang-sorang tau. Ada orang yang teman korang. Kengkadang boleh tengok
orang siam naik bot. Pakcik ni cakap, kalau naik bot adalah 3-4 jam nak
sampai sempadan siam.
18) Minum petang di Laksa Power Tepi Airport

My favourite laksa, Laksa Power. Sedap sangat!! Tapi make sure makan
di gerai yang betul sebab tetiba banyak pula lori-lori jual laksa kat
tepi airport. Semua nak mengaku paling sedap tapi hakikatnya ada satu je
yang sedap kat situ. Hahaha.
19) Mandi di Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting ni mempunyai cerita dan mitos yang tersendiri. Disebabkan itu ramai yang berpusu-pusu untuk mandi kat sini.
20) Bergambar kenangan di Dataran Lang

Hey, korang .. yang datang Langkawi for the first time. Mohon amek
gambar kat Dataran Lang ni. Kira wajiblah ada gambar kat sini. Helang tu
memang stay sini forever dari zaman aku hingusan mula mengerti apa tu
ABC sampailah dah besar panjang pun helang ni masih setia di Dataran
Lang. Haha.
21) Borong gamat

“Apa nak beli kat Langkawi ni eh? Coklat dah beli, kain batik dah
beli, pinggan dan tefal dah beli. Duit ada banyak lagi ni,” – rintihan
seorang makcik kayo duit berkepuk-kepuk dalam wallet kat aku.
Makcik, jom borong gamat. Nak borong satu kedai pun takpe. Sebab
gamat kat Langkawi ni fresh. Selain gamat, ada juga minyak-minyak urut
lain. Semuanya murah. Beli makcik jangan tak beli.
22) Island hopping

Island hopping di Langkawi actually merangkumi Tasik Dayang Bunting
sekali. Tapi kalau nak pergi tasik tu je pun boleh. Takde masalah. Tapi
kalau nak lebih feel dan lebih seronok, pergilah island hopping kat
sini. Memang best!
23) Snorkeling di Pulau Payar

Walaupun keadaan pulau ni makin lama makin merosot, tapi aku tetap
suka Pulau Payar. Sebabnya ini adalah pulau pertama aku pergi snorkeling
masa zaman hingusan dulu. Legend tu! Hahaha.
Cukuplah 23 aktiviti di Langkawi. Nak pilih hotel bajet di Langkawi boleh jenguk-jenguk kat
sini.
Maaf kalau ter-merepek. Hahaha. Kot-kot ada yang nak menambah apa lagi
yang best, bolehlah tulis di ruang komen. Jangan malu-malu ok? :)